Suatu
tengahari Jumaat lalu, sementara menunggu juruletrik tiba di rumah anak untuk memasang
kipas baru. Sambil menghibur halwa telinga dengan muzik dari corong radio saluran
THR Gegar Permata Pantai Timur. Berkumandang Lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton
Sameon keudara. Lantunan lagunya mengusik jiwa. Perasaan sayu, hiba dan sedih bercampur
baur. Terkenangkan kepayahan hidup keluarga anak yang lebih 11 tahun
diperantauan mengajar di kawasan Felda di Muazam Shah, Pahang dan Tenggaruh,
Mersing tetapi permohonan tukar ke Kemaman maseh belum berjaya jua. Antara bait
lagu yang meruntun.
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohonan rimbun
Bertemu dahan nan rapuh
Dapat ku berteduh
Rumah anak dengan pinjaman kerajaan ini telah pun siap 3 tahun yang lalu maseh kosong menunggu kehadiran pemiliknya.
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil ku menaruh harapan
Agaknya lirik lagu terakhir memperteguhkan tekad mereka untuk terus bersabar, redho ketentuan Allah dan meneruskan kelangsungan kehidupan.
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu
Ape
pun, kami bersyukor kepada Allah SWT kerana anak-anak, menantu dan cucu sudi pulang
silih berganti menziarah kami yang tinggal sekelamin di Teratak Desa. Kehadiran
membawa bersama rioh rendah dan kami turut sebok tetapi keletah mereka membuatkan
kami terhibur. Aufa setia bertandang dihujung minggu apabila dibawa Umminya.
No comments:
Post a Comment